Saturday 6 August 2016



TAJUK: Sejarah dan Politik : Peranan Ulama Islam dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan


PROGRAM: Diploma Kejuruteraan Mekanikal

SESI: Jun 2016

JABATAN: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI

AHLI KUMPULAN
  • Mohammad Aminuddin Bin Zaidon  02DKM16F1181
  • Mohamad Helmi Bin Ismail  02DKM16F1017
  • Sheikh Zainulariffin Bin Sheikh Suhaimi  02DKM16F1022
  • Nabil Aiman Bin Alias  02DKM16F1019
  • Mohd Adlan Syafiq Bin Mohd Nor  02DKM16F1171







1.0 PENDAHULUAN

Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui satu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Ulamak-ulamak yang terdahulu begitu berani untuk menegakkan keadilan dan hak mereka sehinggakan  sebahagian terbunuh dalam menegakkan kemerdekaan  negara. Antara tokoh-tokoh yang ditampilkan adalah Tok Janggut,  Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Kenali. Mereka ini bukan sahaja menegakkan kemerdekaan malahan juga merupakan seorang alim ulamak yang juga menegakkan agama Islam. Mereka juga seorang yang berpengetahuan dalam agama Islam sebagai contoh Tok Kenali. Beliau merupakan seorang  penulis dan juga Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang mana merupakan salah satu majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara.

2.0 ISI 

 Tok Janggut  

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.


Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan. Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan. Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
 Peranan Tok Janggut Dalam Perjuangan Kemerdekaan 


  •  Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan
  •  Menentang penjajah Inggeris dan Siam
  •  Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam
  •  Pejuang kebebasan
  •  Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk menentang penjajah Barat

 Mat Kilau

Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut,Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras. 

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu. Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Peranan Mat Kilau
  • Menentang pendudukan British di tanah air beliau.
  • Menyebarkan semangat perjuangan menetang penjajahan di negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama beberapa pengikut/pembesar beliau.
  • Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh pihak inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan oleh pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Tok Kenali

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar). 

 Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali, (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, didapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tok Kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Peranan Tok Kenali  
  • Sebagai Ahli Majlis Dewan Ulama
  • Beliau juga terlibat dalam pemerintahan negeri
  • Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat istiadat Melayu Kelantan
  • Beliau juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri
Dato Bahaman 

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.


Peranan Dato Bahaman 
  •  Dilucutkan jawatan kerana enggan mendengar arahan orang Inggeris
  •  Mengetuai pengikut-pengikutnya untuk menyerang hendap orang Inggeris
  •  Tidak gentar dengan ancaman orang Inggeris

 Tok Gajah 


Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang. Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan. bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  
 Peranan Tok Gajah 

  • Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman,
    Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris.
  • Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya
    yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
  • Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan
    dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata 

.
 3.0 Kesimpulan 

Secara keseluruhannya ,  setiap perjuangan ulama ulama islam adalah bertujuan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan kuasa asing. Antara tujuan perjuangan ini adalah disebabkan oleh penghapusan sistem pentadbiran tradisional , pengenalan sistem cukai dan kuasa pembesar tergugat. Perjuangan perjuangan yang dilakuan oleh ulama –ulama islam adalah penentangan secara berkumpulan ,berseorangan , dan perundingan. Perjuangan perjuangan ini akhirnya membawa kepada semangat nasoinalisme. Nasoinalisme ini tersebar melalui majalah , ahkbar dan faktor luar. Nasoinalisme ini menyedarkan setiap rakyat di tanah melayu supaya menentang kuasa asing dan mempertahankan tanah air daripada penjajahan.



4.0 Lampiran 
              Tok Janggut                                                       


      Mayat Tok Janggut di gantung                                                                
           Mat Kilau yang dikenali sebagai Dikir Pahang 

 Dato Bahaman 

                                                                        Tok Gajah


 5.0 Rujukan 

Buku:-
  • Buku Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan (2007),Terengganu Darul Iman, Riduan Mohamad Nor, MHI Publication
  • Buku Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (Rawa) Pahang: Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau, (t.t), Pahang Darul Makmur, Talib Samat & Azhar Wahid
  • Pahlawan Mat Kilau (2009), terbitan PTS, Negeri Sembilan, Abdul Latip Talib
  • Jejak pahlawan Mat Kilau (Tokoh pahlawan nasional) (2007) Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.
  •  7 Wali Melayu (1998), Mahbook Publications, Kuala Lumpur, Said, Abdul Ghani
  • Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 - 19(1985), Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, Haji Buyong Adil
  • Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka? (1999), (t.t), Nik Anuar Nik Mahmud





Internet:-